Monday, 29 June 2015

Kuah Durian + Lempeng Tepung Beras



It's The King of Fruit uooollsss

Mr. Durian


Hari Ahad yang lepas... setelah mengidam selama beberapa minggu... akhirnya dapat juga menghadap buah ni...

Durian kampung...  memang orang kampung yang jual...
Kampung sekitar Beranang...
lemak berkrim... 
memang kena sungguh dengan selera...


 Tapi oleh kerana yang menghadapnya 2 orang sahaja...
maka lebihannya kita buat kuah durian...


Resepinya senang sangat... boleh buat sambil pejam mata...

Durian, santan, garam, gula dan air.... kuantiti bahan yang digunakan ikut suka rasa masing-masing... campurkan kesemuanya... kacau sehingga kuah tersebut mendidih
Nak best letak daun pandan...


Hasilnya.... seperti di bawah...



Setelah siap kuah durian seperiuk saiz sederhana... maka mula lah tedetik di hati untuk simpan separuh buat sahur... hajatnya nak makan dengan roti... malangnya kedua-dua orang tersebut ditimpa rasa malas untuk keluar rumah nak beli rotinya...

maka... kita pergi kepada plan B...  lempeng!!


Oleh kerana cik puan isteri ada exam pada keesokan harinya dan perlu berjaga sehingga tengah malam untuk mengulang kaji pelajaran (sebenarnya baru nilah nak pegang nota kuliah... dalam kelas x sentuh pun)... 

Maka dia telah mengisi borang cuti sediakan sahur dan diluluskan oleh en.suami serta-merta


Sahur esoknya... 
berseri-seri muka en.suami kejutkan cik puan isteri yang tidur pukul 3 lebih....

" sahur dah nak siap... bangunlah"

sedang en.suami panaskan kuah durian semalam... cik puan isteri pun menjenguk ke pinggan berisi lempeng yang en.suami masak...

"hurm... rupa tak macam lempeng biasa... tapi rasa ok kot... lempeng je... mestilah rasa lempeng"
kata hati cik puan isteri



cik puan isteri pun merasalah secubit 'lempeng' tersebut...

"aiyark... awat rasa lain macam" 
cakap hati lagi cik puan isteri lagi

"en.suami!!... en.suami buat lempeng tadi pakai tepung yang mana?"

"tuu.. yang dalam gobok tu..."

"eh!... tepung gandum dekat rak pinggan mangkuk tu la... en.suami !!! tu tepung beras la... kah kah kah kah kah"

maka meriahlah ketawa cik puan isteri di kala subuh yang sepatutnya hening tersebut


en.suami buat muka keliru... masih x paham dengan apa yang berlaku... sebab beliau belum pun merasa lempeng itu... yakin sungguh beliau dengan hasil air tangannya


setelah merasa lempeng tersebut... 
barulah beliau sedar mengapa cik puan isteri ketawa sebegitu rupa...


mujurlah hanya lempeng... 
sempat cik puan isteri buat lempeng yang baru utk sahur...

resepi lempeng?

tepung GANDUM, air dan sedikit garam... suka rasa lah nak letak banyak mana...
gaulkan bahan-bahan... masak diatas kuali leper yang disapu minyak


sekian catatan Ramadhan pertama kami sebagai suami isteri 
(^_^*) + (>_<)
...............................................


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. 30:21







Friday, 24 January 2014

Masa + Suasana = Perubahan

Beberapa hari yang lepas saya menjawab satu set soalan personaliti diri. Soalan yang ditanyakan adalah mengenai sikap sewaktu kecil, remaja dan dewasa. Soalan-soalan tersebut membuatkan saya tersentak beberapa ketika. 

Betapa banyak perubahan sikap, fizikal, emosi dan mental yang telah saya lalui dan saya percaya bahawa semua kita juga begitu.

Perubahan-perubahan yang berlaku itu juga bukan semuanya indah tetapi tidak pula semuanya pahit. Semuanya adalah proses. Betapa manusia itu tidak dapat lari daripada perubahan dan membuat keputusan

Teringat quote kegemaran adinda saya

"If you can't make a right decision, then just make the decision right"

juga qoute dari penulis kegemaran saya

"Environment does mould us"

and yes...indeed


Zaman Sekolah Rendah

~SKJP 2 1996-2001~

Ini zaman baru mengenal dunia
Berkawan-kawan
Mengenali erti berguru
Riang-ria
Gelak ketawa
Indah semuanya




Zaman Sekolah Menengah

~SMKA TAHAP 2002-2006~

Mula hidup sedikit berdikari
belajar mengenal agama
Solat, Aurat, AL-Quran, Kuliah, Usrah
belajar ada apa dengan disiplin
tak puas rasanya menghirup manis biah solehah



Zaman Matrikulasi

~KMNS 2007-2008~

Semakin jauh langkah
semakin luas pergaulan
mengenal erti tarbiyah
juga masih gembira seadanya
walau hanya mengikut sahaja





Zaman Universiti

~UTM 2008-2012~

Begitu banyak cerita
sedih, duka, kecewa
Namun nikmat berukhwah dan menuntut ilmu itu 
jauh melimpah ruah
Belajar menjadi dewasa
Mengurus masa, emosi dan kata-kata
Belajar juga mengenal perjuangan
Perjuangan memahami manusia
dan memahami perlunya
kita kepada kefahaman agama
Islam yang syumul





Selepas Degree

Meraba-raba mencari haluan
mujur ada teman




Kini (Kerja)

Rezeki Allah kita tak tahu bila dan bagaimana
bersyukur sentiasa
sudut pandang semakin berubah
lebih berusia rupanya
perlu lebih kuat usaha




~ \ (^ _^) / ~


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam surga yang penuh kenikmatan.
(10 : 9)

Wednesday, 17 July 2013

The Cry Of The Icemark & Divergent



Buku ini jumpa semasa zaman saya suka melepak di PSZ dulu....Baru-baru nie jumpa semula di Big Bad Wolf....

The Cry of The Icemark adalah kisah epik mengenai perjuangan seorang gadis berusia 14 tahun bernama Thirrin yang terpaksa menjadi Permaisuri secara tiba-tiba setelah kematian ayahnya dalam peperangan...Beliau terpaksa mengambil alih tugas ayahnya untuk mepertahankan kerajaannya yang sedang diserang oleh pelbagai musuh...

Perkara yang menarik mengenai buku ini adalah bagaimana seorang gadis yang sangat kurang pengalaman dan persediaan cuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawabnya...Idea dan keberaniannya sangat luar biasa...Thirrin sangat berani untuk ngadakan pakatan dengan Vampire, Wolf-folk, Giant Snow Leopard and a Witch

Buku ini juga amat menguji daya imiginasi pembaca...membaca buku ini seolah-olah sedang berada dalam dunia fantasi yang dicipta oleh penulisnya...sangat real dan jelas (vivid)





Divergent pula saya jumpa di MPH Bookstore Online...

Buku ini mengenai kehidupan masyarakat Chicago pada masa hadapan yang dibahagikan kepada 5 puak (Faction) mengikut sikap-sikap tertentu: Abnegation (tidak mementingkan diri sendiri), Amity (Si Aman), Candor (Si jujur), Dauntless(Si Berani) dan Erudite (Si pintar/genius). Gaya hidup mereka sangat berbeza antara satu sama lain.

Setiap remaja yang berusia 16 tahun akan menjalani satu ujian untuk mengenalpasti kecenderungan dan kebolehan masing-masing..Selepas menjalani ujian tersebut, setiap orang dikehendaki untuk memilih sama ada mahu kekal dengan puak asal mereka dilahirkan atau berpindah ke puak lain mengikut keputusan ujian tersebut...

Beatrice Prior dilahirkan dalam keluarga Abnegation tetapi merasakan dirinya tidak pernah sesuai untuk berada dalam puak itu, pada hari ujian tersebut dijalankan..keputusannya menunjukkan yang beliau tidak cenderung pada satu-satu puak tetapi mempunyai kecenderungan yang hampir sama terhadap Abnegation, Erudite dan Dauntless. Dia diberi amaran supaya tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapa...

Akhirnya dia memilih untuk bersama Dauntless...Berada bersama puak tersebut bukanlah sesuatu yang mudah bagi Beatrice..Dia terpaksa menukar namanya...mengubah imejnya, cara pertuturannya, belajar seni mempertahankan diri, bertempur, berperang dan sebagainya untuk memastikan dia berjaya diterima menjadi ahli Dauntless..

Keamanan di antara puak-puak ini telah dicemari dengan agenda jahat seseorang dari puak Erudite yang ingin mengusai masyarakat mereka...dan orang yang boleh menghalang mereka adalah mereka yang digelar Divergent..


Kedua-dua buku telah beberapa kali saya ulang baca tanpa bosan...lari sebentar dari norma-norma kehidupan yang biasa kepada yang luar biasa....Walaupun ianya hanyalah cerita rekaan dan khayalan...tetapi setiap kali membacanya, ada banyak perkara yang menjentik fikiran dan akal saya....Jadi sekiranya anda meminta rekomen saya mengenai buku untuk dibaca pada waktu lapang..inilah buku-bukunya...

Sekian


p/s: saya sedang berusaha untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul setelah penggunaan struktur bahasa dalam penulisan ini menjadi satu topik yang hangat dibincangkan semasa mesyuarat akademik pagi tadi...walaupun masih tidak dapat lari daripada menggunakan lebih daripada satu titik noktah di penghujung ayat...kekeke








Monday, 18 March 2013

Malang TaK berbau, Kasihan Buah2 Hatiku

KISAH SI MERAH

Rebeh kerana merempuh divider setelah berpusing di exit highway Kuantan

Cik punya kereta merenung nasib keretanya

Si Merah setelah bumpernye diketuk..Bahagian bawah lampu x sempat nk repair


KISAH SI MERAH OREN

Beliau berasap di Highway Karak

his heart cannot be saved anymore

need a transplant surgery


Alhamdulillah pemandu dan penumpang semuanya selamat..







Tuesday, 22 January 2013

ADEK!!

depan : Izzaty@Adek, Ilyia Husna@Iya, Mama@Achik CT, Izyan@Kak yan, me@Kakak
belakang: Abah@Che Zul'9


 I AM COUNTING DOWN THE MINUTE TO BE HOME...

dan teringat lah moment conversation berikut masa semua orang tgh duk depan TV



Adek: Maaa, jangan lah panggil orang Adek dah...


Mama: Lah, dah kenape pulak awok nie..Tetibe je..

Adek: Iya tu...dok sibuk panggil orang Adek jugak


Sume orang gelakkan aje si Adek nie...

tetibe Iya pun menyampuk...


Iya: hah Adek...awok kene dengar cakap orang lah lepas nie...Awok kan Adek...

Adek: Maaaa



Typical adik-beradik, bile duk depan mata sibuk nak bercakar, bile duk jauh mulalah terkenang-kenang...

May Allah bless us all


Doa Memulakan Perjalanan/Menaiki Kenderaan


Saturday, 9 June 2012

Yang Muda Disayangi
Yang Tua Dihormati

 





Lahirnya......

Kita masing-masing mempunyai langkahan pertama dalam setiap sesuatu yang kita tempuhi
Ada yang mula melangkah dengan perlahan, cuba mencari tapak-tapak yang selesa untuk melangkah
tidak kurang juga yang terus mengambil langkahan yang laju dan besar
menyahut cabaran sekitar, meraikan semangat darah muda, panas dan membara
pantang dicabar, matlamatnya besar dan menggunung

Namun....

Benarlah kata cerdik pandai, semangat orang muda perlu disertai dengan hikmah orang tua
selalu yang muda terlupa dan selalu yang tua tidak tunduk ke bawah
membiarkan kesilapan yang sama berulang, walaupun sebenarnya mampu dicegah
siapa yang patut mencegah?
adakah si muda yang baru hendak mengenali dunia
atau si tua yang telah terlebih dahulu cedera akibat melalui jalan yang belum pernah diteroka

Kesilapan....

percaya atau tidak, berjaya atau tidak sesuatu organisasi itu sangat bergantung kepada penglibatan golongan tuanya
lebih mudahnya diistilahkan sebagai 'alumni' oleh masyarakat sekarang
Baik dalam mengekalkan suasana sekolah, kegemilangan organisasi, pentadbiran jemaah, pengurusan ukhwah dan sebagainya
tetapi apa yang berlaku dalam kebanyakan organisasi yang sedia ada sekarang sangat melambatkan langkahan demi langkahan ke arah matlamat mereka
lahirnya orang muda dengan pemikiran idealistik
keluarnya orang tua dengan meninggalkan amanah
akhirnya kegemilangan yang suatu ketika dahulu pernah dicapai
hilang lesap begitu sahaja
tiada kesinambungan
seolah mata-mata rantai itu bukan bersambungan antara satu sama lain

Orang Luar....

Mereka cuba menyelesaikan masalah
tanpa mahu memahami, mendalami dan menghayati
cuba mencari pada bahu siapa harus kesalahan itu patut ditanggungi
sekali lagi, lahir pemikiran idealistik pada lapisan yang kedua
masalah yang asalnya kecil menjadi semakin besar, semakin sukar difahami

Pertemuan....

Titik pertemuan yang ada harus dimanfaatkan dengan sebaiknya
Ya, mungkin zamannya berbeza, situasinya berlainan, cabarannya jauh tidak menyenangkan

Yang Muda.....

terimalah seadanya nasihat dan bantuan yang cuba dihulurkan
mereka pernah merasai zaman keperitan sebelum kamu
jadi mereka mahu membantu supaya langkahan kamu sebagai pengganti mereka semakin laju
jangan lukakan hati mereka yang ikhlas membantu

Yang Tua......

mereka baru belajar, masih mentah seperti kita dahulu
bersabarlah dalam mendengar luahan, melayan kerenah dan cubaan mendapatkan perhatian kamu
teruskan menghulur bantuan, walau mereka tidak faham
berikan nasihat dan pandangan tika mereka seolah tidak memerlukan kita
mereka tidak tahu, simpan luka di hatimu demi maslahah yang lebih besar kerana mereka belum melalui





Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(2:214)