Buku ini jumpa semasa zaman saya suka melepak di PSZ
dulu....Baru-baru nie jumpa semula di Big Bad Wolf....
The Cry of The Icemark adalah kisah epik
mengenai perjuangan seorang gadis berusia 14 tahun bernama Thirrin yang
terpaksa menjadi Permaisuri secara tiba-tiba setelah kematian ayahnya dalam
peperangan...Beliau terpaksa mengambil alih tugas ayahnya untuk mepertahankan
kerajaannya yang sedang diserang oleh pelbagai musuh...
Perkara yang menarik mengenai buku ini adalah bagaimana seorang gadis yang sangat kurang pengalaman dan persediaan cuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawabnya...Idea dan keberaniannya sangat luar biasa...Thirrin sangat berani untuk ngadakan pakatan dengan Vampire, Wolf-folk, Giant Snow Leopard and a Witch
Buku ini juga amat menguji daya imiginasi pembaca...membaca buku ini seolah-olah sedang berada dalam dunia fantasi yang dicipta oleh penulisnya...sangat real dan jelas (vivid)
Perkara yang menarik mengenai buku ini adalah bagaimana seorang gadis yang sangat kurang pengalaman dan persediaan cuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawabnya...Idea dan keberaniannya sangat luar biasa...Thirrin sangat berani untuk ngadakan pakatan dengan Vampire, Wolf-folk, Giant Snow Leopard and a Witch
Buku ini juga amat menguji daya imiginasi pembaca...membaca buku ini seolah-olah sedang berada dalam dunia fantasi yang dicipta oleh penulisnya...sangat real dan jelas (vivid)
Divergent pula saya jumpa di MPH Bookstore Online...
Buku
ini mengenai kehidupan masyarakat Chicago pada masa hadapan yang dibahagikan
kepada 5 puak (Faction) mengikut sikap-sikap tertentu: Abnegation (tidak mementingkan diri sendiri), Amity (Si Aman), Candor
(Si jujur), Dauntless(Si Berani) dan Erudite (Si pintar/genius). Gaya hidup
mereka sangat berbeza antara satu sama lain.
Setiap remaja yang berusia 16 tahun akan menjalani satu ujian untuk mengenalpasti kecenderungan dan kebolehan masing-masing..Selepas menjalani ujian tersebut, setiap orang dikehendaki untuk memilih sama ada mahu kekal dengan puak asal mereka dilahirkan atau berpindah ke puak lain mengikut keputusan ujian tersebut...
Beatrice Prior dilahirkan dalam keluarga Abnegation tetapi merasakan dirinya tidak pernah sesuai untuk berada dalam puak itu, pada hari ujian tersebut dijalankan..keputusannya menunjukkan yang beliau tidak cenderung pada satu-satu puak tetapi mempunyai kecenderungan yang hampir sama terhadap Abnegation, Erudite dan Dauntless. Dia diberi amaran supaya tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapa...
Akhirnya
dia memilih untuk bersama Dauntless...Berada bersama puak tersebut bukanlah
sesuatu yang mudah bagi Beatrice..Dia terpaksa menukar namanya...mengubah
imejnya, cara pertuturannya, belajar seni mempertahankan diri, bertempur,
berperang dan sebagainya untuk memastikan dia berjaya diterima menjadi ahli
Dauntless..
Keamanan
di antara puak-puak ini telah dicemari dengan agenda jahat seseorang dari puak
Erudite yang ingin mengusai masyarakat mereka...dan orang yang boleh menghalang
mereka adalah mereka yang digelar Divergent..
Kedua-dua buku telah beberapa kali saya ulang baca tanpa bosan...lari
sebentar dari norma-norma kehidupan yang biasa kepada yang luar
biasa....Walaupun ianya hanyalah cerita rekaan dan khayalan...tetapi setiap
kali membacanya, ada banyak perkara yang menjentik fikiran dan akal
saya....Jadi sekiranya anda meminta rekomen saya mengenai buku untuk dibaca pada waktu
lapang..inilah buku-bukunya...
Sekian
p/s: saya sedang berusaha untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang
betul setelah penggunaan struktur bahasa dalam penulisan ini menjadi satu topik
yang hangat dibincangkan semasa mesyuarat akademik pagi tadi...walaupun masih
tidak dapat lari daripada menggunakan lebih daripada satu titik noktah di
penghujung ayat...kekeke